Cara Membuat Artikel Menarik
Untuk Blog Disukai Google
Siapa yang
tidak ingin artikel blog berada di page one google?
Baca cara
membuat artikel menarik untuk blog yang disukai google di bawah ini.
Saya
merupakan salah seorang yang mempunyai keinginan supaya setiap artikel yang
ditulis berada di page one google berdasarkan kata kunci yang sangat popular
tanpa perlu mengoptimumkan SEO off page.
Sepertimana
yang kita semua maklum, pada masa sekarang ini faktor terpenting dalam SEO
ialah konten yang berkualitas meskipun
selama ini backlink yang merupakan faktor utama penentu posisi di search engenesudah
semakin hilang peranannya.
Cara membuat artikel menarik untuk blog yang disukai
google
Di bawah ini
saya kongsikan 10 perkara yang perlu kita lakukan untuk membuat blog kita lebih disukai oleh google
ataupun dengan perkataan yang lebih popular iaitu SEO friendly. Apabila artikel
kita disukai oleh google maka sudah tentu ia akan membantu menaikkan posisi
SERP
1. Kata kunci pada judul artikel
Perletakan
keyword ataupun kata kunci pada tajuk artikel merupakan perkara paling asas dan
kebanyakan rakan blogger telah mengetahuinya. Jika boleh, cuba letakkan kata
kunci di bahagian depan sekali pada judul.
2. Kata kunci pada URL
Ini
merupakan salah satu perkara yang penting juga dengan meletakkan kata kunci di
dalam url. Tetapi ini tidak perlu dirisaukan kerana url untuk artikel telah
dilakukan secara automatik berdasarkan judul artikel.
3. Keyword dalam meta description
Walaupun
mungkin banyak yang beranggapan meletakkan kata kunci di dalam meta description
sudah tidak penting lagi kerana google kekadang mengubahnya untuk user
experience, tetapi saya akan cuba letakkan keyword dalam meta description.
Memang benar google mengubahnya kerana sang crawler hanya menonjolkan description
yang betul-betul relevan dengan keseluruhan artikel tersebut. Jadi cuba jadikan
meta description yang kita lakukan relevan dengan topik yang kita bincangkan.
Perlu anda ketahui kedudukan kata kunci di dalam meta description mampu
meningkatkan CTR blog di search engene.
4. Kata kunci berada dalam 100 patah perkataan yang
pertama di dalam artikel
Pada
pendapat saya jumlah kata kunci ataupun keyword density bukan faktor SEO terpenting pada masa sekarang ini.
Cukup sekadar berada bahagian permulaan artikel, pertengahan dan juga pada
bahagian akhir sebuah artikel. Cuma saya tekankan kata kunci harus berada
diantara 100 kata yang terawal di dalam artikel tersebut. Kalau boleh letak di
depan sekali.
5. Buatlah artikel yang lebih panjang
Apakah
artikel yang lebih panjang itu lebih bagus kedudukannya di SERP? Jawapannya
tidak semestinya kerana konten blog yang panjang
bukan penentu di SERP. Akan tetapi adakah dengan membuat artikel
yang pendek itu mampu menjelaskan segala maklumat yang detail sepertimana didibutuhkan
oleh pembaca. Sudah tentu tidak bukan. Jadi buatlah artikel sehingga 500 hingga 2000 patah perkataan. Sudah tentu
google amat menyukai artikel yang diulas secara terperinci dengan panjang
lebar.
6. Meletakkan gambar yang relevan dengan tajuk
Cuba
biasakan diri ketika membuat artikel hendaklah memasukkan gambar yang relevan
dengan judul. Bagi saya satu gambar sudah memadai, tetapi jangan lupa untuk
mengoptimumkan SEO pada gambar tersebut dengan memasukkan kata kunci yang relevan
pada ALT.
7. Letak video yang mempunyai hubungan
Bukan satu
keperluan, akan tetapi mungkin akan menjadikan satu markah tambahan jika
meletakkan video yang relevan dengan artikel yang diperbincangkan.
8. Membuat table of content di dalam artikel
Jika artikel
anda banyak mempunyai sub judul ataupun sub heading, cubalah untuk meletakkan
jadual tentang isi kandungan ataupun table of content(TOC). Kalau agak rumit
untuk membuatnya, boleh gunakan plugin.
Menghubungkan
antara satu link ke link relevan lain di dalam blog yang sama merupakan teknik SEO yang cukup kuat pada masa ini. Sang
crawler amat menyukai blog yang mempunyai link yang berhubungan secara relevan
diantara satu sama lain begitu juga pembaca. Secara tidak langsung robot enjin
pencari dan pembaca akan menjelajahi keseluruhan isi kandungan blog kita nanti.
10. Link keluar ataupun external link
Ada yang
takut untuk memasang link keluar kerana bimbang akan mengurangkan kualiti
sesebuah artikel seterusnya menurunkan kedudukan artikel di SERP. Pendapat ini
tidak tepat sama sekali. Sebenarnya meletakkan external link memberikan
kebaikan kepada artikel ataupun blog kita, dengan syarat…
- Link yang keluar haruslah
relevan dengan artikel kita
- link tersebut mestilah bersifat
nofollow
- Tidak menggunakan keyword yang
anda target sebagai anchor text
- Link keluar ke blog ataupun
laman yang berautoriti.Contohnya: wikipedia
Artikel disukai pembaca
Itulah
antara 10 perkara yang telah saya kongsikan tentang cara membuat artikel yang
menarik untuk blog yang disukai google. Memang benar membuat artikel yang
menarik dan disukai google itu bagus tetapi paling penting artikel kita disukai
oleh pembaca.
Kesimpulannya
walaupun kita menerapkan kesemua 10 untuk menjadikan artikel menarik untuk blog
disukai google ingin saya nyatakan ianya tidak akan menjamin artikel anda
berada dikedudukan teratas di enjin carian. Ini kerana bagi saya masih banyak
lagi faktor SEO yang perlu difahami.
Sign up here with your email


3 komentar
Write komentarWah sangat bermanfaat ini, masih banyak yang perlu di benahi dalam blog saya
ReplyOh 100 kata pertama ya.. Oke makasih banyak ilmunya
ReplyGood artikel min, saya akan coba terapin semua triknya. Thx udh sharing.
ReplySilahkan tinggalkan komentar. Link aktif akan dianggap spam.terima kasih
ConversionConversion EmoticonEmoticon