Backlink Dari Forum : Aman Atau
Spam?
Mendapatkan backlink dari forum terutamanya yang
dofollow dan High PR menjadi idaman bagi pengamal-pengamal SEO. Akan tetapi
ramai juga kawan-kawan yang bertanyakan kepada saya kenapa kedudukan blog dan artikel
di blog mereka
tetap merosot di SERP walaupun melakukan link building di forum. Walhal forum
yang digunakan untuk membuat backlink berstatus PR7. Keadaan ini menyebabkan
ramai yang sudah malas dan menjadi kurang aktif lagi di forum tersebut.
Selain persoalan di atas, ada juga yang bertanya
adakah salah satu teknik SEO Offpage itu masih lagi berkualiti, relevan ataupun
sudah dianggap sebagai spam. Adakah ianya satu perbuatan yang membazir? Jom
kita lihat satu persatu pendapat dari saya. Pendapat yang saya nyatakan di
bawah ini jangan diterima bulat-bulat. Anda perlu memikirkannya sendiri adakah
ianya masuk akal ataupun tidak?
Kebanyakan teknik
link building ataupun
backlink yang dilakukan oleh blogger yang baru bermula dalam dunia seo tidak
mengetahui teknik SEO yang betul untuk dimanfaatkan pada forum tersebut. Saya
mengambil sebuah forum dofollow PR7 di
Indonesia iaitu
Bersosial.com sebagai contoh untuk penjelasan artikel ini. Harap maaf bukan
kerana tidak mahu memilih forum di Malaysia tetapi saya masih belum menjumpai
forum PR7 berniche sebegitu di Malaysia. tambahan pula saya memang selalu aktif
di sana. Apa yang dingin saya kongsikan ialah bagaimana cara mendapatkan
backlink dari forum tersebut supaya apa yang kita lakukan tidak menjadi
sia-sia.
Backlink Dari Forum: Apa Yang Anda Fikirkan?
Sekiranya anda membuat link bulding di Bersocial.com,
adakah anda pasti backlink yang menuju ke blog anda adalah PR7? Pendapat saya,
apa yang anda lihat PR7 adalah homepagenya. Jadi sekiranya anda membuat threat
baru di forum tersebut, artikel tersebut sudah tentu PR0 ataupun n/a.
Kesimpulannya tidak ada bezanya jika anda melakukan link building dengan membuat
blog yang baru.
- Ruangan signature. Anda
melakukan kesilapan besar sekiranya menggunakan signature sebagai faktor
pendorong untuk meningkatkan kedudukan blog di SERP. Satu perkara yang
membazir jika anda bercita-cita untuk mendapatkan kedudukan page one
google hanya dengan meletakkan link di signature. Sepertimana artikel yang
saya bincangkan sebelum ini prinsip utama dalam link building ialah
baclink yang natural. Dengan signature yang anda buat di forum tersebut,
adakah ianya dikira sebagai backlink yang natural. Perlu diketahui
backlink yang berkualiti tidak akan menggunakan anchor text ataupun kata
kunci yang ditarget, akan tetapi ianya bergantung kepada orang yang mahu
memberi link kepada anda. Adakah semua orang berfikiran sama seperti yang
anda fikirkan? Secara kasarnya kedudukan link di signature bukanlah daripada
dalam artikel. Ianya berada diluar sama seperti anda blogwalking sambil
meninggalkan link. Jika anda melakukan sedemikian, ianya merupakan
perbuatan yang sia-sia. Ada juga seseorang bertanyakan kepada saya, anda
juga meletakkan link di signature di forum-forum. Jawapannya YA, saya
meletakkannya. Akan tetapi saya tidak mengoptimumkan homepage blog ini.
Yang saya optimumkan ialah artikel di blog ini. Dengan menghalakan
backlink dari forum ke homepage blogginspired, saya melakukan link juice yang mana akan
meningkatkan kedudukan artikel blog di SERP.
- Tidak membuat membuat thread di
forum dan hanya melakukan komen dari satu thread ke satu thread. hahaha.
ringkasnya UNNATURAL..
- Google juga mempunyai forum.
Jadi mereka tahu dan faham apakah yang dimaksudkan dengan forum. Mereka
tahu siapa yang menerbitkan artikel di forum. Jadi mereka juga tahu bahawa
backlink yang dibuat bukan dari pemilik forum. Tetapi merupakan tindakan
yang sengaja dilakukan oleh pembuat backlink di forum. Cadangan saya
buatlah username dengan nama domain anda dan jangalah register menggunakan
email yang didaftarkan di google webmaster tools ataupun email yang
digunakan untuk pembelian domain. Ini memang amat berguna sekali untuk menipu
google bahawa backlink datangnya bukan dari pemilik forum tetapi bukan
juga dilakukan oleh pemilik blog itu sendiri.
jadi begitulah kesimpulannya, forum tersebut tidak
bersalah. Yang bersalah hanyalah diri kita sendiri. Sekian terima kasih.
Sign up here with your email
Silahkan tinggalkan komentar. Link aktif akan dianggap spam.terima kasih
ConversionConversion EmoticonEmoticon